Samsung Menawarkan Telefon Pintar Galaxy Sempena Hari Raya

Raikan bulan Syawal ini dengan bergaya dan menyerlah dengan tawaran hebat Samsung Galaxy S8 dan S8+, Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro atau Galaxy A Series (2017) dan bawa pulang bersama Kit Raya Percuma atau baucar membeli-belah atas talian, ataupun rebat dengan setiap pembelian Galaxy J7 Prime atau J5 Prime.

Dapatkan sebuah Galaxy S8 atau S8+ baharu dalam tempoh promosi dan dapatkan baucar e-dagang bernilai RM400 untuk pembelian peranti, tablet dan aksesori jenama Samsung. Baucar yang diterima boleh ditebus melalui aplikasi mySamsung pada peranti Samsung Galaxy S8 atau S8+ yang dibeli.

Manakala untuk pembelian Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series (2017) akan disertakan Kit Raya Percuma mengandungi Speaker 3-dalam-1, Selfie Stick, kad microSD 32GB (untuk Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series) atau USB OTG 32GB (untuk Galaxy Note5) dan kipas mini USB bernilai RM250. Samsung turut menyertakan waranti tambahan 1 tahun bernilai RM350 bagi setiap pembelian Galaxy C9 Pro atau Galaxy Note 5 64GB.

Selain itu, Samsung juga melanjutkan promosi rebat RM200 untuk Galaxy J7 Prime dan J5 Prime sehingga 2 Julai depan. Untuk menikmati tawaran ini, anda hanya perlu menukar beli sebuah peranti terpakai yang masih berfungsi.

You might also like