
Samsung Malaysia Electronics terus komited dalam menawarkan pelanggan pengalaman mudah alih yang holistik, syarikat itu menjadikan aplikasi mySamsung sebagai satu hab semua pengguna Samsung mendapatkan informasi, servis dan pelbagai lagi.
Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada awal Jun lalu, mySamsung dicipta bagi membantu pelanggan menguruskan peranti mereka, menyediakan akses mudah dan terus kepada wakil-wakil perkhidmatan pelanggan. Sebagai usaha berterusan untuk menggembirakan pelanggan, keistimewaan eksklusif akan diperluaskan kepada pelbagai ganjaran lain dan cashbacks dari pelbagai jenama dan peniaga runcit.
Di samping fungsi-fungsi yang dinyatakan, mySamsung membawakan banyak petua dan cara untuk anda mengurus dan menetapkan peranti. Aplikasi ini menyediakan amaran dan cadangan untuk pengguna untuk mengoptimumkan penggunaan peranti mereka seperti memanjangkan jangka hayat bateri untuk mengurus memori peranti.
Aplikasi mySamsung boleh dimuat turun model smartphone Samsung berikut:
- Galaxy Note5, Galaxy Note 4, Galaxy Note 3, Galaxy Note Edge
- Galaxy S7 & S7 edge, Galaxy S6, S6 edge & S6 edge+, Galaxy S5, Galaxy S4
- Galaxy A3 (2016), A5 (2016), A7 (2016), A9 Pro
- Galaxy A3, A5, A7, A8
- Galaxy J1, J1 Mini, J2, J3, J5, J7
- Galaxy J1 Mini Prime, J2 Prime, J5 Prime, J7, J7 Prime (2016)