
Samsung Galaxy J7 Prime 2 Diperkenalkan Dengan Samsung Pay Mini
Samsung secara senyap telah melancarkan Samsung Galaxy J7 Prime 2 ke pasaran India beberapa hari lepas. Ia sebuah peranti yang hadir dengan spesifikasi kelas permulaan bersama rekaan tradisional menggunakan tubuh badan berasaskan logam.
Peranti ini dilengkapi skrin bersaiz 5.5” TFT LCD (1920 x 1080p) yang dikuasakan cip pemproses Exynos siri-7, RAM 3GB, dan storan 32GB yang menyokong kad mikroSD. Dimuatkan bersama kamera utama 13 MP f/1.9 dan kamera depan 13 MP f/1.9, peranti ini turut dijana bateri sebesar 3,300mAh.
Galaxy J7 Prime 2 dioperasikan oleh Android Nougat serta menyokong ciri Samsung Pay Mini yang dilengkapkan dengan fungsi pengimbas cap jari di sebelah depan. Telefon pintar ini dijual di India dengan pilihan warna emas dan hitam pada harga INR13,990 (sekitar RM840) seunit.