Gambar Bocor LeEco Le Max 3?!

LeEco, jenama dari China ini dijangka akan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan produk terbaru mereka bernama Le Max 3 sebagai model rasmi pada pelancaran hari esok (11hb April).

Gambar yang tersebar di laman sosial Weibo jelas menunjukkan peranti ini menggunakan unibody logam dan dwi kamera di bahagian belakang, kemungkinan adalah 13 megapiksel monocrome dan RGB. Manakala paparannya sebesar 5.7 inci QHD.

Cipset dikatakan akan menggunakan Snapdragon 821 bersama 4GB RAM atau 6GB RAM, memori dalaman bermula dari 32GB, 64GB dan 128GB. Sistem operasinya pula Android 6.0.1 Marshmallow dengan UI Eco sendiri.

Adakah Le Max 3 akan hadir dengan spesifikasi tersebut?! Kita nantikan pelancaran rasmi dari LeEco nanti.

You might also like