Orang Malaysia Memang Ohsem, Menurut Spotify

1Dari piring hitam ke kaset, beralih pula kepada CD untuk beberapa dekad sebelum diambil alih pula format MP3, industri muzik sememangnya berubah mengikut perkembangan teknologi, dan kini muzik streaming pula mengambil tempat utama di dalam pasaran. Untuk mengenali corak perubahan pasaran, Spotify meminta penyelidik pasaran global, TNS untuk menjalankan kajian tren pasaran pengguna.

Dengan lebih 2,000 responden di Malaysia dan 15 saluran radio terlibat dalam kajian ini, TNS mendapati orang Malaysia merekodkan statistik muzik streaming yang sangat tinggi. Pengguna Spotify yang aktif Malaysia adalah mereka yang berada di lingkungan umur 15 sehingga 64 tahun.

2Pengguna Spotify di Malaysia juga adalah antara golongan yang celik digital, di mana golongan ini lebih cenderung untuk membeli barangan dalam bentuk digital dan juga menggunakan stor atas talian untuk mendapatkan barangan keperluan.

Yang dapat kami rumuskan adalah, orang Malaysia memang celik IT dan menunjukkan tren penggunaan digital yang positif, untuk itu kami dan Spotify salute anda semua!
You might also like