
Peranti mudah alih telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, semakin ramai orang menggunakan telefon pintar mereka untuk menangkap gambar dan video. SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 baru adalah satu penyelesaian yang bagus untuk membantu pengguna Android memindahkan fail dari peranti mereka ke komputer atau sebagai stor sandaran untuk memaksimakan kapasiti smartphone.
SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 boleh didapati dalam kapasiti yang terdiri daripada 16GB sehingga 128GB. Selain kapasiti yang lebih tinggi, SanDisk telah meningkatkan keupayaan peranti ini dengan USB 3.0, yang kini boleh mencapai kelajuan sehingga 150MB/s, menjadikannya sangat cepat apabila memindahkan fail.
SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 flash juga boleh digunakan bersama aplikasi SanDisk Memory Zone, sebuah aplikasi yang direka untuk peranti Android. Aplikasi ini menyediakan fungsi seperti menu utama, pelayar foto berasaskan garis masa, video dan pemain muzik bersepadu dan kebolehan memampatkan dan nyahmampat fail. Pendek kata, dengan aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan fail dengan mudah.
SanDisk Ultra Dual Drive m3.0 ditawarkan dengan jaminan 5 tahun dalam variasi 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB dari Lazada.
KAPASITI & HARGA
- 16GB : RM 39
- 32GB : RM 49
- 64GB : RM 89
- 128GB : RM 169