Telegram Lebih Seronok Dengan Fungsi Serba Baru

Pengguna aplikasi Telegram kini boleh menikmati beberapa fungsi media terbaru yang ditawarkan pada versi terbaru aplikasi mesej tersebut. fungsi terbaru itu membolehkan anda melakukan suntingan pada gambar dengan menggunakan topeng maya, menambah pelekat dan juga teks.1

Cara menggunakannya pula adalah amat mudah, anda cuma perlu memilih topeng maya yang anda mahu, kemudian ia akan diletakkan secara automatik ke atas wajah di dalam gambar kerana fungsi terbaru ini hadir dengan kebolehan mengesan wajah dalam gambar. Selepas itu anda boleh menambah suntingan lain seperti pelekat dan juga teks.edit1

Selain suntingan topeng maya, anda juga boleh menghasilkan media format GIF anda sendiri melalui aplikasi Telegram. Anda hanya perlu rekod video berdurasi pendek, kemudian tap butang mute dan kongsi animasi tersebut dalam bentuk GIF. Fail tersebut akan disimpan secara automatik di dalam peranti anda sebagai fail GIF dan anda boleh menggunkannya lagi pada masa yang lain.4

You might also like