Raja Kamera Aksi Akan Tiba Tidak Lama Lagi!

GoPro, jenama premium bagi peranti kamera aksi telah pun melancarkan model terbaru mereka minggu lepas. Kali ini GoPro memperkenalkan Hero5 dengan dua variasi, iaitu HERO5 Black dan HERO5 Session.1Pastinya peminat kamera aksi di Malaysia sudah tidak sabar menunggu kamera ini dijual di pasaran tempatan. Anda tidak perlu menunggu lama kerana pada 3 Oktober kamera ini akan mula dijual di beberapa stor kamera di seluruh negara. Anda boleh mendapatkan GoPro HERO5 Black pada harga RM1,849, manakala GoPro HERO5 Session pula dijual pada harga RM1,399.

GoPro HERO5 Black hadir dengan beberapa fungsi baru yang sangat menarik, fungsi arahan suara dan kalis air merupakan antara fungsi utama yang diketengahkan GoPro. Selain itu model ini juga dilengkapi lensa 12 megapiksel dan sistem penstabil imej yang ditambah baik. Manakala GoPro HERO5 Session yang mempunyai rangka badan yang lebih kompak dilengkapi lensa 10 megapiksel, penstabil imej dan juga fungsi arahan suara.

GoPro HERO5 Black
GoPro HERO5 Black
GoPro HERO5 Session
GoPro HERO5 Session

Berikut adalah senarai stor dan lokasi yang menjual kedua-dua model terbaru ini. Stok jualan adalah terhad, jadi anda perlu cepat sekiranya mempunyai niat untuk mendapatkan raja kamera aksi ini.

  1. Foto Flash – Suria KLCC , KL
  2. Foto Shangri-La – Mid Valley Megamall, KL
  3. Fotokem – Sunway Pyramid, Selangor
  4. Shong Lee Photo – 1 Utama Shopping Center, PJ
  5. CamWorld Digital Gadgets – Pavilion KL
  6. Foto President – Gurney Plaza, Pulau Pinang
  7. Rightway – Mahkota Parade, Melaka
  8. A1 Perfect – Plaza Angsana, Johor Bahru

Tarikh jualan : 03/10/2016

Harga:

  •  GoPro HERO 5 Black – RM1,849
  •  GoPro HERO 5 Session – RM1,399
You might also like