Wiko, 5 Terhebat Di Eropah Barat!

160921-wiko-top-5-europeJenama dari Perancis, Wiko, baru sahaja memasuki carta 5 jenama smartphone terhangat di Eropah Barat. Baru sahaja berusia 5 tahun jenama telefon pintar yang berasal dari Marseille ini menunjukkan pertumbuhan dan kemajuan yang sangat positif. Sebelum ini, Wiko menduduki tangga ke 2 di Perancis dalam masa 3 tahun, dan kini nombor 2 di Portugal, 4 di Itali dan 5 di Sepanyol dan Belgium. Satu pencapaian yang cukup menakjubkan.

“Sememangnya kami amat berbangga, kejayaan ini adalah hasil daripada usaha semua pasukan kami di seluruh dunia – jualan, pemasaran, reka bentuk, R&D, logistik…dan hasil pendekatan berteraskan pengguna kami, menekankan berdekatan melalui komunikasi langsung, yang membolehkan kami untuk menjadi lebih dekat dengan pengguna”, kata Laurent Dahan, Pengerusi dan Pengasas Wiko.

Strategi produk Wiko ini berteraskan yang menawarkan fungsi yang penting, reka bentuk yang berwarna-warni dan yang paling penting harga yang tepat. Dengan hanya 500 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini telah berjaya menembusi 30 negara dengan strategi pengedaran yang hebat dan juga teknik pemasaran yang aktif.

2Menurut Laurent Dahan lagi, kejayaan ini membuka lebih banyak peluang bagi Wiko mengembangkan lagi profil produk dan mereka tidak bercadang untuk berpuas hati dengan pencapaian sekarang, nantikan lebih banyak lagi dari Wiko.

You might also like