
Peminat Komik DC tempatan, tandakan kalendar anda! Pereka, pengeluar dan pengedar elektronik pengguna terkemuka di Malaysia A&S Distribution Sdn. Bhd. bekolaborasi dengan DC Comics, salah satu penerbit buku komik terbesar di Amerika Utara untuk melancarkan siri pengguna produk elektronik Edisi Terhad dengan reka bentuk superhero dari DC comics pada 2 Oktober 2020.

Peminat komik DC dan pembeli yang berminat boleh mencuba dan membeli produk-produk edisi terhad dengan harga promosi di Pameran Konsep Wonder Woman (Wonder Woman Concept Fair) yang akan diadakan dari 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020 di Ground Floor Center Atrium di SOGO KL . Superhero yang akan muncul dalam reka bentuk siri perdana produk elektronik pengguna DC Comics Edisi Terhad ini adalah Superman, Batman dan Wonder Woman.
Fokus utama Pameran Konsep Wonder Woman adalah pelancaran produk inovatif direka oleh A&S, iaitu A&S Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar. Produk ini telah mendapat pengiktirafan “Innovation Awards” daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.
Selain daripada pengeriting rambut pemenang anugerah yang tersebut di atas, terdapat 12 produk-produk dengan reka bentuk superhero komik DC yang terdapat dalam barisan Edisi Terhad ini termasuk A&S Batman Pembersih Vakum Tanpa Wayar, A&S Batman True Earbuds Tanpa Wayar dengan Case, A&S Superman Fon Kepala Dalam Telinga, A&S Wonder Woman Kabel Pengecasan dengan Rangkan dan lain-lain.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat produk, anda boleh melayari laman web di: aandss.com atau mengikuti A&S di platform media sosial seperti Instagram: instagram.com/aandss.official; Facebook: facebook.com/aandss.official untuk kemas kini.

