AMD Menggiatkan Produksi CPU Untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X

Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan konsol generasi baru pada tahun ini. PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X dikhabarkan akan mula dijual pada sekitar hujung tahun ini, namun melihatkan situasi yang terjejas kerana COVID-19, ramai yang menjangkakan kedua-dua konsol ini akan tiba sedikit lewat.

Namun tidak bagi AMD, pengeluar CPU yang bertanggungjawab terhadap komponen terpenting konsol PS5 dan Xbox Series X itu bertekad untuk tidak melewatkan tarikh jualan konsol yang akan menggunakan CPU AMD Zen 2 yang terbaru.  

Memetik kenyataan CEO AMD, Dr. Lisa Su, AMD akan menggiatkan produksi CPU mereka demi memastikan pelancaran jualan PS5 dan Xbox Series X mengikut jadual. Ini berita baik buat Sony dan Microsoft kerana mereka seharusnya tidak perlu risau akan isu bekalan cip.

Sedikit info mengenai PS5 dan Xbox Series X:

PlayStation 5

Spesifikasi

  • CPU: AMD Zen 2-based CPU with 8 cores at 3.5GHz

  • GPU: 10.28 TFLOPs, 36 CUs pada kadar 2.23GHz, RDNA 2

  • Memori: 16GB GDDR6 / 256-bit

  • Storan dalaman:  825GB SSD

  • Storan boleh naik taraf: Slot NVMe SSD

  • Storan luar: USB HDD

  • Pemacu optikal: 4K UHD Blu-ray

 

Xbox Series X

Spesifikasi

  • CPU: AMD 8x Zen 2 Cores at 3.8GHz (3.6GHz dengan SMT)

  • GPU: 12 TFLOPs, 52 CUs at 1.825GHz, RDNA 2

  • Memori: 16GB GDDR6

  • Storan dalaman: 1TB NVMe SSD

  • Pemacu optikal: 4K UHD Blu-ray

 

You might also like