Nvidia GeForce GTX 1080 Ti, Kad Grafik Terpantas Dari NVIDIA

1251
- Iklan -

NVIDIA telah melancarkan pemproses grafik paling maju di dunia, GeForce GTX 1080 Ti berasaskan arkitektur Pascal. Ia merupakan versi GTX 1080 yang berkuasa lebih tinggi, di mana mampu menghasilkan 35% lebih kuasa.

GTX 1080 Ti memuatkan 3,584 teras NVIDIA CUDA berkelajuan 1.582GHz, 11GB RAM GDDR5X 352-bit berkelajuan 11Gbps yang menghasilkan jalur lebar memori sepantas 484GB/s, serta sokongan pelbagai teknologi terbaru NVIDIA seperti Ansel, G-SYNC, Game-Stream dan pastinya realiti maya (VR).

Dengan kuasa sehebat ini, GTX 1080 Ti mampu mengendalikan keperluan grafik berkuasa tinggi seperti permainan resolusi 4K atau 5K, DirectX12, HDR dan paling penting permainan VR. GTX 1080 Ti turut menyokong SLI, mengandingkan dua kad grafik untuk menghasilkan kuasa berganda. Direka dengan komponen berkualiti tinggi, GTX 1080 Ti turut dipasang badan aluminium dengan aliran kuasa dwiFET 7-fasa, bagi memastikan tenaga yang stabil. Kipas berbentuk radial dan sistem penyejukan kebuk wap, mengawal suhu bagi prestasi tertinggi sepanjang masa.