Laptop ASUS Vivobook S15 – Lebih Nipis & Ringan Bermula RM2,999

2239
- Iklan -

Laptop berukuran skrin besar biasanya akan lebih berat?! Anggapan sebegini boleh dibuang serta merta dengan adanya kehadiran ASUS Vivobook S15 (S530). Ia merupakan laptop terbaru dari ASUS yang memfokuskan pada golongan pemuda-pemudi, di mana rekaan moden dan harga mampu milik serta spesifikasi tidak kurang hebat dipertikaikan.

Jadi Vivobook S15 mempunyai pilihan warna ceria yang sangat terang iaitu hijau, merah, kuning dan emas. Skrin besar berukuran 15 inci hanya berat 1.6kg dan tebal 18mm sahaja, boleh dikatakan sangat nipis dan ringan antara laptop tersedia di pasaran.

Rekaan engsel Ergo Lift pada laptop ini menyediakan papan kekunci ke sudut yang selesa apabila skrin dibuka, di samping memberi lebih ruang untuk sistem penyejukan. Dalamannya membekalkan cip pemproses Intel Core i5/i7 generasi ke-8, 4GB RAM (boleh dinaiktaraf hingga 16GB) dan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 bersama sistem operasi Windows 10, sementara storan dalaman menggabungkan SSD 256GB dan HDD 1TB.

Bateri Vivobook S15 menyokong teknologi pengecasan pantas, ia boleh mengecas dari 0 sehingga 60% dalam masa 49 minit, ciri keselamatan pengimbas cap jari turut disediakan.

Senarai harga jualan ASUS Vivobook S15 mengikut spesfikasi berbeza:
Model Warna Spesifikasi Harga
S530U-NBQ326T GUN METAL/ FIRMAMENT GREEN/ GREY RED/GOLD i5-8250/4G/1TB+128G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM2,999
S530U-NBQ048T GOLD/ GUN METAL/ FIRMAMENT GREEN/GREY RED i5-8250/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD/FP/BL RM3,299
S530U-NBQ181T GUN/GOLD i7-8550/4G/1TB+256G/MX150 2G/WIN10/FHD RM3,899