Digi Kini Menawarkan “Reload Internet” Khusus Untuk Kegunaan Internet Prabayar

- Iklan -

Digi hari ini telah melancarkan Internet Reload Prabayar (Prepaid Internet Reload), iaitu pilihan tambah nilai data baharu untuk pelanggan prabayar. Penawaran ini membolehkan pengguna prabayar memilih berapa banyak data yang mereka inginkan, tidak termasuk dengan kredit panggilan dan SMS.

Terdapat dua pilihan iaitu RM3 untuk 3GB data dengan masa sah selama 24 jam, serta RM10 untuk 8.5GB data dengan masa sah selama tujuh hari. Pelanggan kini boleh membeli Digi Internet Reload di 99 Speedmart, Happy Mart, KK Mart, MyNews, Watsons, AEON Big, Cold Storage, Giant, Tesco, BHPetrol, Caltex dan Petron. Peruncit lain seperti 7-Eleven, Petronas dan Shell dijadualkan bermula bulan September.

Tambah nilai menggunakan kaedah kod UMB:

  • Anda perlu menambah nilai dengan masukkan nombor pin 16 digit setelah memasukkan kod *123*.

  • Menebus data Internet dengan kod *888*1#

 

Tambah nilai menggunakan aplikasi MyDigi

  • Masukkan nombor pin 16 digit dan klik “Reload”

  • Tebus data Internet dengan pilih menu “Freebies”.

Penawaran Internet ini khusus untuk semua pelanggan Digi Prepaid Mobile, kecuali pelanggan DG Smart Plan dan pelanggan Internet Prabayar.

 

You might also like