SPEEDHOME: Sewa Rumah Tanpa Deposit, Lebih Mudah!

Sewa rumah sentiasa menjadi isu bagi golongan M40 dan B40, demi meringankan beban kewangan kemunculan aplikasi SPEEDHOME amat membantu dalam perkara ini.

SPEEDHOME adalah aplikasi mudah alih sewa rumah yang sangat mesra digunakan, kini ia menawarkan pakej “Zero Deposit” untuk membantu penyewa menyewa dengan lebih mudah tanpa merisaukan caj tambahan yang dikenakan.

Penyewa yang menyewa di SPEEDHOME hanya perlu membayar sewa bulan pertama dan yuran perjanjian sewa sahaja sebelum berpindah masuk ke dalam rumah sewa.

https://youtu.be/89RfqSjzwRw

Perlu diketahui, SPEEDHOME merupakan syarikat hartanah digital pertama di Malaysia yang menggantikan deposit rumah dengan perlindungan insurans. Bermakna, pemilik kediaman boleh memilih untuk membeli insurans perlindungan bagi rumah sewa mereka berbanding cara tradisional.

Secara langsung syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemilik kediaman jika penyewa gagal membayar sewa, atau jika terdapat kerosakan harta benda yang disebabkan oleh penyewa.

Muat Turun SpeedHome – Android
Muat Turun SpeedHome – iOS

 

 

You might also like