Pengurus Produk vivo Pamer Peranti Yang Dikhabarkan vivo NEX 5G Dengan Rekaan Bucu Melengkung

Setelah pelbagai desas desus mengenai tarikh pelancaran Vivo NEX 3, kini ia semakin menghampiri apabila Pengurus Produk Vivo, Lance telah mempamerkan muka halaman UI bagi peranti yang tiba di Weibo dengan kapsyen “The straight line belongs to men, the curved one to God”.

Gambar tersebut memperlihatkan bucu yang melengkung Vivo NEX 3 yang mana hampir 90° dan waterfall screen. Menariknya, gambar tersebut adalah sama dengan lakaran yang terdedah. Namun 3 kamera di bahagian belakang masih belum didedahkan.

Sebelum ini, Lance telah mempamerkan screenshot rangkaian 5G di ShenZhen’s subway line dan memuji sambungan 5G tersebut. Jadi dipercayai bahawa Vivo NEX 3 akan dilancarkan dengan versi 5G tidak lama lagi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Vivo atau di Facebook rasmi Vivo Malaysia.

_____________________

Artikel Berkaitan:

You might also like