
LG Pamer Monitor Pertama Dunia Dengan 1 Mili Saat IPS Display
Syarikat elektronik terkemuka dunia, LG Electronics (LG) mendedahkan G UltraGearTM Nano IPS NVIDIA G-SYNC gaming monitor terbaharu mereka yang mana ia merupakan monitor yang mencapai 1 mili saat (ms) IPS display. Monitor ini pastinya mempamerkan masa tindak balas yang sangat cepat, kadar segar semula sebanyak 144Hz, overclockable sehingga 175Hz dan warna yang sangat cantik pada paparan. Boleh dikatakan ia adalah pakej lengkap bagi pemain menikmati pengalaman bermain game.
Tersedia dalam 2 pilihan saiz iaitu 38 inci (model 38GL950G) dan 27 inci (model 27GL850) yang mana kedua-dua adalah UltraGear Nano IPS monitors yang disertakan dengan kadar segar semula yang pantas iaitu 144Hz, resolusi yang tinggi (38GL950G: 3840 x 1600, 27GL850: 2560 x 1440) dan gamut warna (DCI-P3 98%).
Monitor bersaiz 27 inci ini adalah serasi dengan UltraGearTM is NVIDIA G-SYNC dan menyokong HDR10 sementara model bersaiz 38 inci menyokong kedua-dua pemproses NVIDIA G-SYNC, VESA DisplayHDR 400 dan mempamerkan prestasi yang sangat menakjubkan dalam 300 ujian. Kedua-dua monitor memberikan prestasi yang sangat lancar dah kualiti imej yang mengagumkan.
LG UltraGear Nano IPS gaming monitors dijangkakan yang dipasarkan pada bulan hadapan dan pra-tempahan bagi model 27GL850 bermula di Amerika Syarikat pada 1 Julai dengan ketersediaan di pasaran Eropah di dalam suku tahan ke-3 tahun ini.