Xiaomi Redmi Pro 2 Dan Spesifikasi Yang Mungkin Ada

Ramai di kalangan rakyat Malaysia kini berhati-hati apabila mengeluarkan wang dari poket. Mencari telefon pintar dengan spesifikasi baik pada harga berpatutan adalah ciri utama yang dipandang dan kami tahu jenama ini yang anda cari dahulu bukan?

Menurut Gizchina, Redmi Pro 2 akan didatangkan dengan RAM sebanyak 3GB di samping pemproses Qualcomm Snapdragon 660 akan menyalurkan kuasa. Kamera berkembar juga turut hadir, masing-masing menggunakan sensor Sony IMX362 12 Megapiksel dan Samsung S5K4E8 5 Megapiksel.

Tidak lengkap tanpa kamera swafoto, ia juga dibekalkan dengan sensor Samsung S5K3P8 16 Megapiksel. Namun, Xiaomi dikatakan akan menggantikan jenis paparan AMOLED kepada LCD, ini mungkin bagi merendahkan kos pembuatan lantas boleh dijual dengan harga yang jauh lebih rendah.

Nampak? Xiaomi masih ingat pada anda, mereka tahu yang anda mencari mereka kerana harga.

You might also like