
Huawei Mate 9 Menambah Dua Lagi Warna Baru – Agate Red Dan Topaz Blue
Huawei menambah dua lagi warna baru pada model Huawei Mate 9 iaitu Agate Red dan Topaz Blue, tetapi dua warna baru ini hanya untuk pasaran China sahaja. Adakah pasaran Malaysia akan dibawa masuk? Tidak diketahui pula!

Terdahulu, Huawei Mate 9 memperkenalkan warna baru iaitu ‘obsidian black’ sebagai tambahan, sebelum ini terdapat dalam pilihan warna champage gold, space gray, mocha brown, moonlight silver dan seramic white.

Warna baru tetap memberikan spesifikasi yang sama, di mana mempunyai paparan skrin 5.9 inci FHD, menggunakan Android 7.0 Nougat, Kirin 960 pemproses Octa-core, 4GB RAM, 64GB storan terbina dalam, slot microSD, sambungan WiFi dual–band, pengimbas cap jari, kamera utama dwi-lensa Leica (20 megapiksel monokrom + 12 megapiksel RGB, F2.2, OIS), bateri 4,000mAh dan antaramuka EMUI 5.0.
Baca Juga