
CES 2019: Samsung Perkenalkan Televisyen Mikro-LED Berukuran 75 Inci
Samsung Electronics hari ini memperkenalkan inovasi terbaru dalam teknologi paparan LED modular menerusi televisyen mikro-LED bersaiz 75 inci terbaru keluaran mereka menjelang CES 2019. Televisyen berkenaan dikatakan turut hadir bersama sokongan paparan 4K.

Dengan menambah modul LED Mikro, produk terbaru ini membolehkan pengguna memperluaskan paparan kepada sebarang saiz yang diingini selain turut mampu memberikan kualiti gambar terbaik di samping warna-warna yang tiada tandingannya.
Pun begitu, Samsung dilihat masih belum berkongsi maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan tanda harga produk terbaru ini. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
__________________________________________________
Artikel Berkaitan :

