- Iklan -

CES 2019 : Samsung Perkenal Barisan Monitor Baharu – Space Monitor, Samsung CRG9 & Samsung UR59C

- Iklan -

Samsung Electronics memperkenalkan barisan monitor terbaharu keluaran mereka iaitu Space Monitor, CRG9 49” Gaming Monitor dan UR59C 32” Monitor menjelang CES 2019. Ketiga-tiganya menawarkan teknologi yang sama canggih serta rekaan yang unik.

📌 : Space Monitor

Space Monitor direka dengan rekaan yang minimal dan kemas. Ia didatang dalam dua versi: model 27-inci dengan resolusi QHD dan model 32-inci (4K UHD) bersama bersama fungsi yang boleh ‘disepit’ pada tepi meja.

Space Monitor

Lebih menarik, paparan monitor ini boleh digerakkan mengikut keselesaan pengguna. Ia direka khas buat mereka yang mengimpikan monitor dengan ruang kerja minima sekaligus membolehkan pengguna memberi tumpuan kepada apa yang ada pada skrin berbanding keliling.

📌 : CRG9 49” Gaming Monitor

CRG9 49” Gaming Monitor merupakan dekstop besar bersaiz 49 inci yang kini menawarkan resolusi lebih tinggi berbanding versi sebelumnya. Ia membawakan resolusi QHD ( 5120 x 1440) bersama nisbah aspek sebanyak 32: 9. Monitor ini dibina khusus untuk tujuan permainan.

Samsung CRG9 49” Gaming Monitor

📌 : UR59C 32” Monitor

UR59C 32” Monitor merupakan desktop berukuran 32 inci bersama paparan melengkung dengan nisbah kontras 2,500: 1 dan resolusi 3840×2160 4KUHD beserta sokongan sehingga satu bilion warna. Ia direka dengan rekaan ultra nipis dan lebih professional.

Samsung UR59C 32” Monitor

Bagaimanapun, masih tiada maklumat mengenai harga dan tarikh ketersediaan untuk ketiga-tiga produk ini. Berkemungkinan kita akan mendapat lebih banyak maklumat mengenainya di acara CES yang berlangsung minggu hadapan.

- Iklan -

You might also like