- Iklan -

Bukan ilusi, tetapi realiti! Tahun 2019 yang menjengah kini bakal menyaksikan pelbagai trend telefon pintar baru – pasti memukau mata memandang hingga membuatkan sesiapa pun menjadi tidak keruan. Mesti korang pun teruja kan? Oleh sebab itu, di sini kami senaraikan antara trend yang dijangka menjadi popular pada tahun 2019. Jom kita selam~

 

πŸ„Β : Ketersediaan Lebih Banyak Kamera – 4? 5? 16?

Jika sebelum ini kita digegarkan dengan berita mengenai Samsung telah memperkenalkan telefon pintar dengan 4 kamera utama sekaligus menjadikann ya jenama pertama yang muncul dengan rekaan tersebut.

Bagaimanapun, takhta itu bakal ‘dirampas’ oleh Nokia yang kini sudah bersedia memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Nokia 9 yang hadir dengan lima kamera pada panel belakang pada hujung Januari ini (desas-desus).

Ini jelas menunjukkan bahawa pada tahun 2019, kita bakal menyaksikan kehadiran peranti dengan ketersediaan konfigurasi kamera yang banyak. Mungkin 5? 6? atau 16 (Desas-desus : LG)? Whatt?!

Nokia 9

 

πŸ„Β : Sensor Sonic 3D

Seiring dengan rancaknya perkembangan dunia gajet, kita turut disajikan dengan khabar menarik dimana telefon pintar yang dilengkapi dengan Sensor Sonic 3D turut dijangka bakal diperkenalkan pada tahun 2019. Teknologi terbaharu ini dikatakan mampu berfungsi lebih pantas berbanding pengimbas cap jari yang lain.

Sensor Sonic 3D

 

πŸ„Β : Rekaan Paparan Boleh Lipat Mudah Alih

Sekarang ni kalau korang perasan, tahun 2018 kita banyak saksikan ‘drama-drama’ pengeluar telefon pintar yang berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan rekaan paparan boleh lipat.

Lebih ekstrim, rekaan tersebut dikatakan menawarkan paparan fleksibel – boleh digunakan sebagai telefon biasa dan tablet. Hal ini jelas menunjukkan, inovasi hebat ini bakal membanjiri tahun 2019 sekaligus berpotensi mengubah pasaran telefon pintar.

Rekaan Paparan Boleh Lipat HUAWEI

 

πŸ„Β : Paparan Skrin Berlubang / Dual Display

Tahun 2019, kita juga bakal menyaksikan trend paparan skrin berlubang pasti menjadi kegilaan ramai pengeluar kerana ia seakan-akan dijangka dijangka berkemungkinan besar bakal mengganti trend skrin takuk!

Bukan itu sahaja, malah kami juga menjangkakan kita bakal menyaksikan semakin banyak pengeluar telefon pintar akan memperlihatkan produk mereka dengan rekaan paparan skrin di bahagian hadapan dan belakang.

Dual Display – vivo NEX 2

 

πŸ„Β : Teknologi Rangkaian 5G

Teknologi rangkaian internet terpantas, 5G pasti menjadi topik hangat pada tahun 2019! Tambahan pula, kita kerap menyaksikan pengeluar telefon pintar heboh ‘bercerita’ untuk melepaskan telefon keluaran mereka dengan teknologi ini pada semester pertama 2019.

Malah, sebelum ini terdapat banyak versi laporan yang mengatkan sejumlah pengeluar telefon pintar juga kini giat menjalankn beberapa ujian pada rangkaian 5G pada telefon mereka.

Teknologi Rangkaian 5G

 

πŸ„Β : Telefon Pintar Dengan RAM Tinggi – 10GB? 12GB?

Lenovo Z5 Pro – Pertama Di Dunia Dilengkapi Memori Sebesar 12GB RAM

Jika anda perasan, tahun 2018 merupakan tahun dimana pelbagai jenama telefon mula berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan kapasiti RAM terkini yang tinggi iaitu mencecah 12GB RAM. Oleh itu, trend ini bakal terus menjadi ikut-ikutan ramai pengeluar pada tahun 2019. Almaklumlah, pengguna kini lebih bijak dalam memilih telefon pintar.

 

πŸ„Β : Teknologi Pengecasan Pantas

Sejak kebelakangan ini, inovasi dalam dunia gajet dilihat lebih menumpukan kepada teknologi sokongan pengecasan pantas. Bahkan, teknologi ini jga semakin berkembang lebih pesat. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan trend ini bakal terus menjadi ikutan pada tahun 2019. Malah, dijangkan lebih ramai lagi akan muncul dengan teknologi ini!

Teknologi Pengecasan Pantas

Korang ada pandangan lain? Ada pendapat lain? Jom kongsi dengan kami di ruangan komen. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Selamat tahun baru semua! Adios!

____________________________________________________

Artikel Berkaitan :