Tukar Telefon Pintar Baru Setiap Tahun Dengan Digi Up!

Sebelum ini, Maxis dan Celcom telah memperkenalkan kemudahan memiliki telefon pintar baru setiap tahun. Ia sekali gus membolehkan pengguna mengikuti trend semasa dan menikmati pelbagai teknologi dengan mudah.

Terbaru, Digi juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan kemudahan seakan sama, diberi nama sebagai Digi Up. Ia dilihat sebagai naik taraf daripada pelan Digi Easy Up yang diperkenalkan sebelum ini.

Melalui laman rasmi Digi, sebanyak tiga buah peranti ditawarkan sebagai permulaan iaitu Samsung Galaxy Note8, Huawei Mate 10 Pro dan juga Huawei Mate 10. Setiap peranti hadir bersama pelan Digi Postpaid 110 yang menawarkan kuota Internet sebanyak 50GB sebulan, panggilan tanpa had serta 1000 SMS percuma.

Bagaimana ingin menyertai Digi Up? Pengguna mesti pelanggan Digi Postpaid sekurang-kurangnya 3 tahun, dan mempunyai penggunaan minimum lebih RM80 untuk 3 bulan terakhir. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Digi.

You might also like