

Esok ialah tarikh keramat bagi vivo Malaysia, ini kerana mereka bakal melancarkan telefon pintar terbaru iaitu vivo V7+. Pelancaran ini juga turut dihadiri oleh 10 peserta AF MEGASTAR dan duta vivo sendiri iaitu Janna Nick. Dalam acara ini juga, vivo juga mengadakan cabutan bertuah dalam siaran “Live” di Facebook vivo Malaysia.

Telefon pintar canggih vivo V7+ didatangkan dengan pilihan warna Matte Black dan Crown Gold akan mula dijual 29 September 2017. Tetapi, jika anda ingin mendapatkannya dengan lebih awal, boleh sertai kempen pra tempah bermula hari ini, 26 September 2017. Sila buat pra-tempahan di kedai-kedai sah vivo seluruh Malaysia atau di laman atas talian Lazada untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.
Pembeli yang membuat pra-tempah melalui Lazada akan membawa pulang hadiah eksklusif merupakan satu (1) beg 2018 Russia FIFA World Cup, baucar Watson, dan jaminan lanjutan selama 6 bulan.

