
Had 140 Aksara Twitter Ditambah Baik
Berita baik untuk kaki Twitter!

Media sosial terkenal Twitter baru sahaja mengumumkan bahawa anda tidak lagi had 140 aksara, tidak lagi termasuk dengan gambar, video, GIF dan juga fungsi Quote. Pasti ramai yang gembira kerana had aksara ini ditambah baik, terutama sekali pada fungsi Quote, sebelum ini amat terhad untuk pengguna meluahkan pendapat mereka apabila memuat naik Quote tweet dari pengguna lain.
Kini dengan peraturan had aksara yang baru, bolehlah anda meluahkan pendapat, berkongsi informasi dan bermacam-macam lagi dengan lebih mudah.