
Pasaran telefon bimbit mungkin nampak sudah tidak relevan lagi pada masa kini, namun sebenarnya masih ada golongan pengguna yang masih mahukan sebuah telefon mudah alih dengan fungsi asas. Banyak sebab yang mendorong telefon bimbit seumpama ini menjadi pilihan sesetengah pengguna, ada yang mahukan fungsi asas tanpa memeningkan kepala dan ada juga yang mahukan sebuah peranti komunikasi yang mampu bertahan lama.
Namun sudah lama kita tidak melihat peranti telefon bimbit baru dilancarkan, sehinggalah baru-baru ini apabila Nokia melancarkan model Nokia 216. Model ini hadir dalam dua variasi iaitu sokongan satu SIM dan juga dwi SIM. Pada permulaan, peranti ini dijual pada pasaran India dan akan hadir di pasaran Malaysia pada 21 Oktober 2016 nanti.
Papan kekunci fizikal, skrin kecil, kuasa bateri tahan lama dan sokongan aplikasi Opera Mini, memang mengimbau kembali zaman-zaman awal menggunakan telefon bimbit. Sesiapa yang masih rindukan telefon zaman dahulu, nantikan tarikh pelancarannya.

