
Xiaomi Malaysia telah mengumumkan penjualan secara rasmi peranti terbarunya di pasaran tempatan, Redmi 3S yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya. Peranti ini bakal dijual oleh pengedar ERA Internation Network dan juga Lazada.

Rekaan Redmi 3S yang berasaskan logam sepenuhnya, membuatkannya kelihatan premium walaupun hadir dalam kelas pertengahan. Selain reka bentuk yang premium, paparan skrin yang berukuran 5.0 inci mampu memaparkan imej pada resolusi HD 720p, sementara keupayaan kamera utama turut dibekalkan 13 Megapixel dengan sokongan PDAF.
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 430 dengan bateri berkapasiti 4000 mAh, Redmi 3S ditawarkan oleh dua variasi berbeza iaitu 32GB, 2GB RAM serta 32GB, 3GB RAM dan kedua-duanya menyokong fungsi pengimbas cap jari.
Xiaomi Redmi 3S dengan 2GB RAM berharga RM 599 dan 3GB RAM pula berharga RM 699. Pra-tempahan telah bermula pada 17 September 2016 di Lazada dan akan dijual bermula 24 September 2016 nanti.

