Play Everything Lounge Oleh Playstation Pertama di Asia Tenggara, Dibuka Di Sunway Pyramid

Hai! Kepada semua peminat tegar permainan video daripada Sony, di sini kami ada berita baik untuk anda semua!

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) hari ini mengumumkan Play Everything Lounge akan menemui peminat di Sunway Pyramid bermula 23 November 2018 sehingga 17 Febuari 2019. Ianya merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut, antaranya seperti perlawanan gaming, mencuba permainan yang belum pernah dipasarkan dan juga sesi beramah mesra bersama komuniti.

Minggu pertama lounge akan berlangsung pada 23 hingga 25 November 2018 dan pengunjung yang datang dalam tempoh tersebut akan menjadi antara yang terawal merasai pengalaman mencuba permainan yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Kingdom Hearts III.

Permainan akan berbeza pada setiap minggu dan terdapat lebih dari 10 Playstation disediakan di Lounge ini termasuklah Playstation VR yang sangat menarik untuk dicuba. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Playstation Asia  atau  Sunway Pyramid.

Sony turut mengumumkan beberapa jualan produk yang baharu antaranya seperti Playstation Classic yang mana akan dipasarkan pada 3 Disember 2018 pada harga RM429. Selain itu, Sony juga turut mengumumkan bahawa Playstation 4 Party Bundle akan dijual pada harga RM1449.

Playstation 4 FIFA 19 Bundle dan Playstation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Bundle pula akan dijual  masing-masing pada harga RM1499 dan RM2049. Apa yang menarik, setiap pembelian akan mendapat dualshock 4 controller secara percuma. Tidak ketinggalan, Hits Bundle pula akan dijual pada harga RM1349.

 

 

You might also like