Computex 2019: Acer ConceptD 7 Umum Mendapat Kemas Kini, Tampil Dengan NVIDIA Quadro RTX 5000 Beri Kesan Grafik Lebih Mempersona

Awal tahun lalu Acer telah mengumumkan bahawa barisan Notebook ConceptD telah diperkenalkan. kini Acer bakal menawarkan Quadro RTX graphic yang baharu iaitu NVIDIA RTX 5000 pada ConceptD 7.

Komputer riba ini masih menawarkan spesifikasi seperti Intel Core i7 generasi ke-9. Aspek memori pula menawarkan 32GB RAM dan 1TB storan NVME yang bakal memberikan prestasi yang terbaik.

Dari aspek paparan juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan skrin bersaiz 15.6 inci dan paparan 4K yang mendapat pengiktirafan Pantone.

** Terima kasih atas Tajaan Acer Malaysia ke Computex 2019

_______________________

Baca juga:

You might also like