
Lazada Malaysia hari ni telah melancarkan acara terbesarnya untuk tahun ini iaitu Festival Beli-Belah Lazada 11.11 yang membenarkan pelanggan mengakses lebih 100 juta produk daripada 300 jenama menerusi aplikasi Lazada.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christophe Lejeune, Acara ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan acara tahun lepas berjaya mencapai transaksi jualan lebih RM100 juta dan menerima lebih 10 juta pengunjung.
“Tahun ini kami jangkakan jumlah itu akan meningkat dan diharapkan melebihi apa yang kami bayangkan.
“Lebih menarik, diskaun sehingga 90 peratus ditawarkan kepada pengguna,” katanya di majlis pelancaran Festival Beli-Belah Lazada 11.11 di sini, hari ini.
Apa yang istimewanya untuk acara tahun ini, ia turut melaksanakan Super Show 11.11 yang disertai oleh artis terkenal tanah air dan bakal dipentaskan di Axiata Arena.
Anggaram yang bakal menonton rancangan ini ialah 3 juta penonton yang mana ia akan ditayangkan serentak di saluran Media Prima TV3, NTV7, tonton dan aplikasi mudah alih Lazada.
Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk baucar sehingga RM11,000 tawaran serendah 99 sen dan hadiah percuma bernilai RM200,000.
Dalam Festival Beli Belah Lazada 11.1, terdapat lebih 100,000 kotak kejutan untuk direbut oleh pelanggan Lazada yang mengandungi produk daripada pelbagai jenama dengan potongan sehingga 70 peratus dan pelbagai hadiah bernilai RM1 juta untuk dimenangi.