Doogee Mix – Rekaan Hampir Tiada Bingkai Dijual Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM1,399

Xiaomi Mi Mix? Kalau sekali pandang memang akan mengaitkan nama Xiaomi dalam artikel ini, tetapi TIDAK! Peranti terbaru yang dijual “senyap-senyap” oleh jenama Doogee ini diberi nama Doogee Mix, hah nama pun lebih kurang sama, patutlah salah anggap!

Okay~peranti yang memiliki paparan bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1280 x 720 HD ini telah dipadankan dengan kerangka bodi yang hampir tiada bingkai. Lawa… Menggunakan set cip MediaTek Helio P25 lapan teras bersama memori RAM 6GB dan saiz storan dalaman 64GB, turut menyokong storan tambahan sehingga 128GB serta dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat.

Mod penggambaran dilengkapi dengan dwi kamera 16 Megapiksel dan 8 Megapiksel sementara kamera depan menerima sensor 5 Megapiksel. Dibekalkan dengan bateri sebesar 3,380mAh, Doogee Mix juga menyokong rangkaian 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth dan GPS.

Peranti yang memiliki pengimbas cap jari di butang hadapan ini dijual secara atas talian pada harga RM1,399.

You might also like