Sistem Baru Facebook Dalam Menangkis Penularan Artikel Palsu

headerFacebook akan bekerjasama dengan Poynter International Fact-Checking Network, sebuah organisasi dengan kumpulan seperti Snopes dan Associated Press, untuk menilai artikel yang dibaca pengguna-pengguna Facebook. Jika artikel yang dimuat naik tidak melepasi ujian fakta, Facebook akan melabel artikel-artikel yang dikeluarkan akaun tersebut bersama-sama pautan organisasi membuktikan artikel itu palsu.

Menurut Adam Mosseri, Facebook bertanggungjawab mengawal penyebaran artikel dan berita pada platform mereka. Jika cerita di Facebook adalah jelas tidak benar, contohnya seperti mengatakan bahawa terdapat individu sudah mati walaupun sebenarnya mereka masih hidup. Maka pengguna akan dapat melihat notis bahawa cerita ini telah dibuktikan palsu. Pengguna yang cuba untuk berkongsi artikel ini juga akan melihat amaran sebelum mereka berkongsi.

1Sistem ini diharapkan dapat mengurangkan impak negatif yang terjadi akibat penularan berita-berita palsu di Facebook yang kerap terjadi. Sebagai pengguna yang bijak kita perlulah mengambil langkah tambahan bagi memastikan berita yang kita kongsi benar dan sahih.

You might also like