
Peranti Google Pixel dan Pixel XL Dilaporkan Mempunyai Masalah Audio
Menurut sejumlah besar pengguna Pixel dan Pixel XL, smartphone mereka mengalami gangguan statik apabila kelantangan adalah pada tiga peringkat tertinggi. Teruskan membaca dan menonton video untuk mengetahui bagaimana anda boleh memeriksa Google Pixel anda mempunyai masalah ini.
Video dari “badmark”
Seorang pengguna dengan nama “badmark” menuat naik post ke laman Reddit menunjukkan bahawa isu audio yang mengganggu Google Pixel XL miliknya. Menurut beliau, peranti tersebut menghasilkan bunyi statik apabila audio dimainkan pada tiga tahap tertinggi kelantangan. Katanya, beliau terpaksa menggantikan Google Pixel XL miliknya sebanyak tiga kali, tetapi unit gantian tersebut masih mempunyai masalah yang sama. Perkara yang sama juga berlaku kepada Google Pixel milik isterinya, jadi adalah selamat untuk mengandaikan bahawa majoriti unit model Google Pixel dan Pixel Xl mempunyai masalah ini.
Beliau juga telah mencadangkan video sedutan sebuah filem untuk dimainkan pengguna Pixel. Jika peranti anda terjejas, anda akan mendengar audio yang janggal pada kelantangan penuh. Menurut beerapa pengguna yang membaca post tersebut, ternyata operanti Google Pixel / Pixel Xl milik mereka juga mempunyai masalah yang sama.