Celcom Memperkenalkan Peranti Keselamatan Peribadi Pertama di Malaysia

Celcom Axiata Berhad telah memperkenalkan SafeMate, sebuah peranti keselamatan peribadi yang membolehkan pengguna menghantar bantuan kecemasan di mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Pertama seumpamanya di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan hanya satu klik pada peranti pintar. Apabila diaktifkan, peranti akan menghantar isyarat kecemasan ke pusat panggilan kecemasan yang beroperasi 24/7, diikuti dengan pengesahan pengguna mengenai keadaan kecemasan.

Sekiranya tiada tindak balas dari pengguna, pusat panggilan kecemasan 24/7 akan memaklumkan kepada kenalan kecemasan yang telah didaftarkan. Di samping itu, pihak berkuasa tempatan seperti polis juga akan dihubungi jika tiada maklumbalas selepas kenalan kecemasan dihubungi.

SafeMate juga dilengkapi dengan ciri penjejak GPS bagi memudahkan ahli keluarga atau kawan mengesan dan membolehkan mereka menerima notifikasi anda apabilanya berlakunya kecemasan. Bagi masa terhad, semua pengguna pascabayar Celcom boleh mendaftar SafeMate dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM240 dan menikmati tawaran pelanggan terawal pada harga RM9.80 untuk 12 bulan, termasuk jaminan satu tahun bagi peranti.

SafeMate boleh didapati di semua kedai bluecube Celcom di seluruh negara. Untuk mengaktifkan SafeMate, anda perlu memuat turun aplikasi React Mobile di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Celcom.

You might also like