Qualcomm 205 Mobile Platform Membawakan Fungsi Sambungan 4G Kepada Peranti Murah

SoC Qualcomm 205 modem LTE kategori 4 yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 150Mbps dan muat naik sehingga 50Mbps, berserta sokongan untuk dual SIM, Bluetooth 4.1, 802.11 b/g/n WiFi, ANT+ dan sokongan radio FM.

Walau bagaimanapun, tidak seperti SoCs berprestasi tinggi yang lain, Qualcomm 205 direka dengan kecekapan kuasa maksimum pada kos yang rendah. SoC ini mengandungi konfigurasi cip dwi teras pada 1.1GHz dan disertakan dengan GPU Adreno yang hanya mampu menghasilkan resolusi paparan 480p pada 60fps. Di sebalik kekurangan tersebut, menurut Qualcomm cip ini mampu menawarkan sehingga 34 hari masa siap sedia, 16 jam panggilan suara dan 80 jam main balik muzik apabila digunakan dalam telefon yang menggunakan kuasa operasi minimal.

Apa yang lebih penting adalah cip ini tidak akan memakan belanja yang besar untuk dipasang kerana cip pin Qualcomm 205 serasi dengan cip sedia ada seperti Qualcomm Snapdragon 210 dan 212, lantas memudahkan pihak pengeluar peranti. Cip Qualcomm 205 ini dijangka akan mula hadir di dalam peranti yang akan dipasarkan sekitar suku tahun kedua 2017.

You might also like