Link Bubble Ditarik Dari Play Store

Link Bubble merupakan salah satu aplikasi produktiviti yang amat kami gemari dan digunakan jutaan pengguna seluruh dunia. Namun pembina aplikasi tersebut, Brave, bertindak menarik balik aplikasi mereka dari Play Store kerana tidak berpuas hati dengan dasar sokongan Google.

Secara ringkasnya, Link Bubble memudahkan pengguna melayari web dengan membuka pautan di belakang tabir dan mengecilkannya dalam bentuk bubble. Jadi sebaik sahaja anda sudah habis membaca artikel di laman pertama, laman seterusnya yang anda ingin baca sudah siap sedia untuk diakses dengan hanya tap sahaja bubble tadi.

Walaupun Brave menarik balik aplikasi tersebut dari Play Store, ini tidak bermakna pengguna Android tidak lagi dapat menggunakan aplikasi tersebut. Bagi mereka yang sudah ada aplikasi ini pada peranti, anda boleh terus menggunakannya seperti biasa. Namun bagi mereka yang ingin memuat turun Link Bubble, anda perlu klik di SINI.

You might also like