Presiden Terbaru Uber Hanya Bertahan 7 Bulan Sahaja

1006
- Iklan -

Platform perkongsian kenderaan, Uber Technologies dikhabarkan sedang berhadapan masalah dalaman yang semakin meruncing. Situasi ini agak jelas kelihatan apabila Jeff Jones meninggalkan jawatannya sebagai presiden selepas hanya 7 bulan mengendalikan Uber.

Jones merupakan eksekutif peringkat tinggi yang terbaru meninggalkan syarikat itu. Bulan lepas, eksekutif kejuruteraan, Amit Singhal telah diminta untuk meletakkan jawatan kerana dakwaan ke atas beliau ketika masih bekerja dengan Google.

Uber ketika ini dilaporkan sedang berada di dalam kemelut, di mana mereka sedang berhadapan dengan Google atas dakwaan mencuri teknologi kereta pintar dan juga Travis Kalanick kerap kali dikecam kerana sikapnya. Terbaru, Kalanick terpaksa membuat permohonan maaf selepas beliau secara terbuka mengecam pemandu Uber atas ketidakpuasan hati mereka terhadap kadar bayaran bagi perjalanan yang mereka lakukan.