Apple AirPods Dilaporkan Terbakar Buat Pertama Kali Di Florida

Di Florida, AS, seorang lelaki melaporkan AirPods miliknya terbakar secara tiba-tiba. Penduduk malang di daerah Tampa itu pada mulanya bersenam di sebuah pusat gimnasium lalu tersedar AirPods yang dipakai di telinganya mengeluarkan bunyi sekaligus mengeluarkan asap.

Colon mendakwa, sebaik dia menyedari asap keluar daripada fon telinganya, dengan pantas dia menanggalkan peranti di atas mesin senaman sebelum mendapatkan bantuan. Apabila kembalinya ke mesin tersebut, dia mendapati AirPods milinya sudah berderai dengan kesan terbakar.

Colon memberitahu nasibnya agak baik kerana bertindak lebih awal. Selepas kejadian menimpa, Colon membuat aduan kepada pihak Apple untuk mendapatkan penjelasan. Sehingga kini, pihak Cupertino belum mengulas apa-apa dan difahamkan mereka masih menjalankan siasatan mengenai kes Colon.

Ini secara tidak langsung menjadikan AirPods yang pertama dilaporkan terbakar dan meletup. Apa yang diharapkan maklumat dan laporan selanjutnya mungkin akan dikeluarkan oleh Apple tidak lama lagi.

Sumber

You might also like