Cipta Video Pendek Pada Hari Istimewa Dengan Google Photos

Aplikasi Google Photos kini menawarkan fungsi baru, yang mana membolehkan pengguna menghasilkan video pendek mengikut tema yang diinginkan.

Apa yang perlu dilakukan, pergi ke bahagian ‘Movie’ pada bahagian ‘Assistant’ untuk mencuba fungsi ini. Terdapat beberapa tema disediakan seperti Memori, Selfie, Senyuman, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih dan beberapa lagi.

Jika sebelum ini anda perlu menanti hari-hari tertentu untuk membuat video pendek ini, kini tidak lagi. Sebelum itu, anda perlu mengemaskini ke versi terkini sebelum menggunakan fungsi ini.

You might also like