
Lisa BlackPink Kini Duta Rasmi vivo S7!!! Pergh!!!
Peminat BlackPink pasti terjua apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Lisa kini sah bergelah duta bagi peranti terbaharu tersebut iaitu vivo S7.

vivo telah mendedahkan koleksi gambar Lisa dengan telefon tersebut termasuklah video komersial yang memperlihatkan fungsi hebat peranti tersebut.
Buat yang tidak mengetahui, vivo S7 tampil dengan 44Mp bagi kamera utama dan 8MP 105° ultra-wide angle. Hadir dengan skrin 6.44″ AMOLED. Ia turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 765G dan dipadankan dengan RAM 8GB LPDDR4X dan storan 128GB / 256GB UFS2.1.