HONOR Perkenal Aplikasi PocketVision – Bantu Pengguna Yang Mempunyai Masalah Penglihatan!

HONOR pastinya sebuah jenama peranti pintar yang sangat popular kini telah melancarkan 1 lagi aplikasi menarik yang dikenali sebagai PocketVision yang mampu membantu pengguna yang mempunyai masalah pengelihatan untuk membaca.

Aplikasi yang dibangunkan oleh social enterprise Eyecoming dan diterajui oleh HONOR ini tampil dengan 3 ciri menarik.

  • Text-to-Speech Mode: Dikuasakan oleh HONOR HiAI dan teknologi Optical Character Recognition (OCR) yang membantu untuk menukar gambar kepada teks dengan pantas.
  • Zoom-In Mode: Ia mampu zoom perkataan dengan hanya dengan menekan butang laras suara.
  • Negative Image Mode: Menyediakan pelbagai warna filter untuk memperjelaskan tulisan dengan memberi kontras. Ini membantu sesiapa yang mempunyai masalah dengan warna.

PocketVision boleh dioptimumkan menerusi kamer siri HONOR 20. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma mulai hari ini di Huawei AppGallery dan menyokong beberapa bahasa antaranya Inggeris, Portuguese, Jerman, Spanish, Italian dan Chinese.

Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai PocketVision boleh melayari laman sesawang HONOR.

Beli Peranti HONOR Di sini:

____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like