OnePlus 7T Rasmi – Sokong Persediaan Kamera Bulat + Kamera Utama 48MP + Snapdragon 855+

Peranti dengan persediaan kamera bulat kini nampaknya menjadi trend masa kini. One Plus juga tidak mahu ketinggalan apabila kini muncul dengan pewaris baru dengan reka bentuk tersebut iaitu One Plus 7T.

Untuk spesifikasi, OnePlus 7T membawakan paparan bersaiz 6.55″ AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar 90Hz dan HDR 10+. Terdapat persediaan takuk kecil pada paparan ini yang menempatkan kamera hadapan dengan lensa 16MP.

Enjin dalaman OnePlus 7T dikuasai oleh cip pemproses Snapdragon 855+ dan dibantu memori sebesar 8GB RAM + 128GB / 256GB ROM. Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,800mAh + pengecasan pantas Warp Charge 30T dan disertakan pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos. Ia berkemungkin peranti pertama yang disertakan dengan sistem operasi Android 10 secara terus dari kotak.

Bagi kamera, ia membawakan persediaan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (main) + 12MP (telephoto) + 16MP (Ultra Wide Angle). OnePlus 7T tersedia dalam dua warna menarik seperti Glacier Blue dan Frosted Silver.

You might also like