
Nokia Akan Melancarkan Dua Lagi Telefon Bimbit – Lebih Banyak Menjelang Akhir 2017
Sambutan yang diperoleh HMD Global berikutan pelancaran Nokia 3310 pada bulan Mei lalu agak baik dan memuaskan. Pada tahun ini juga, HMD merancang untuk memperkenalkan sehingga tujuh model lain menjelang akhir tahun 2017.

Apa yang telah dikongsikan oleh TENAA, China baru-baru ini melihatkan dua model telefon bimbit dengan rekaan seakan Nokia 3310 dipertunjukkan. Model yang mungkin menggantikan Nokia 105 ini hadir dengan fungsi asas seperti sokongan dua slot SIM dan harga ditawarkan jauh lebih murah.

Sementara yang mungkin menggantikan Nokia 130 pula, didatangkan dengan kamera belakang serta sokongan dua slot SIM. Kedua-dua model ini nampaknya tidak mempunyai sokongan rangkaian 3G, maka jangan anggap ianya sebuah telefon pintar.

