realme Rai Ulangtahun Pertama Bersama Lebih 4,000 Peminat Di Nights of Fright 7, Sunway Lagoon!

realme Malaysia meraikan ulang tahun pertamanya dengan lebih 4000 peminat di Night of Frights 7, Sunway Lagoon, baru-baru ini. Aktiviti ini menyaksikan peminat berkumpul untuk menikmati sendiri pengalaman menyeronokkan tanpa henti bersama realme Malaysia – yang merupakan penaja rasmi untuk Nights of Fright 7 Sunway Lagoon.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata pihaknya berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang tidak putus-putus. Selain itu, mereka juga gembira kerana peminat pulang dengan rasa terhibur dan berpuas hati.

Tambahnya Tiffany lagi, melalui sokongan dan kesetiaan peminat yang berterusan, realme Malaysia berjaya menggapai kejayaan yang cemerlang – realme diiktiraf sebagai jenama smartphone yang pesat berkembang di dunia pada tahun 2019 oleh Counterpoint. Oleh itu, realme akan terus menyediakan produk hebat untuk pengalaman yang lebih baik.

You might also like