
OPPO Reno2 telahpun memulakan jualan rasminya pada 26 Oktober lalu. Kemunculannya dilihat berjaya menarik perhatian ramai pihak – ekoran prestasi video yang mantap dan ciri-ciri fotografi berkualiti tinggi.

OPPO Reno2 berjaya menduduki ranking pertama sebagai smartphone no.1 terlaris dalam julat harga RM2,000 hingga RM2,300 di kedai-kedai telco utama seperti Celcom, Digi dan Maxis. Keadaan ini membuktikan bahawa pelan mudah alih yang ditawarkan adalah berpatutuan. Selain itu, roadshow jualan pertama OPPO Reno2 juga berjaya mencapai dua kali ganda jualan berbanding model sebelum ini, OPPO Reno.
Ditawarkan pada harga RM2,299, OPPO Reno2 dipenuhi magis luar biasa yang tidak dapat dilihat pada peranti lain – termasuk sokongan Quad kamera dengan lensa utama 48MP, keupayaan 5x Hybrid Zoom + 20x Zoom Digital, Ultra Steady Mode, UltraDark Mode, 8GB RAM + 256GB ROM dan sebagainya. Smartphone boleh dikategorikan sebagai serba serbi lengkap baik dari segi prestasi, mahupun fotografi. Bergaya sepuasnya dengan OPPO Reno2!




