HMD Tidak Akan Menjual Nokia 9 Dengan RAM 4GB Malah Fokus Pada 6GB Atau Mungkin 8GB?!

Apa yang dikongsikan sebelum ini oleh Nokia ialah mereka akan mengeluarkan telefon pintar Nokia 9 dengan RAM 4GB, terkini HMD Global mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan versi tersebut, sebaliknya peranti flagship ini akan hadir bersama RAM sebanyak 6GB, juga tidak mustahil RAM 8GB akan dipertimbangkan.

Kod TA-1004 merujuk kepada model dan kapasiti RAM

Maklumat yang terdapat dalam keputusan benchmark menunjukkan Nokia 9 juga akan didatangkan bersama paparan 5.3 inci QHD, set cip Qualcomm Snapdragon 835 dan kamera 13 Megapiksel. Nokia 9 akan dilancarkan pada bulan depan atau selewat-lewatnya bulan September.

You might also like