Miliki Poin Samsung Rewards Apabila Berinteraksi Dengan Bixby Voice Hingga 15 April 2018

Bixby merupakan fungsi pembantu digital terbaru yang diperkenalkan eksklusif oleh Samsung untuk peranti keluarannya. Kini bagi mendorong pemilik Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ dan juga Galaxy Note8 untuk menggunakan pembantu digital tersebut, Samsung telah menawarkan satu ganjaran hebat dengan menawarkan poin untuk Samsung Rewards setiap kali pengguna berinteraksi dengan Bixby Voice.

Ganjaran ini walau bagaimanapun hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 16 Januari yang lalu sehinggalah 15 April 2018 nanti. Pemilik tiga model yang dinyatakan itu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna Bixby menggunakan akaun Samsung dan Poin Pengalaman (XP) akan diterima setiap kali soalan diajukan, memberi maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan Bixby, dan juga apabila anda mengajar Bixby frasa baru.

Dengan poin Samsung Rewards yang telah berjaya dikumpul, pengguna layak untuk menebus pelbagai ganjaran menarik yang tersedia di dalam katalog yang disediakan.

You might also like