EXMobile Chat 6 Dengan Skrin 6.0 Inci Mula Dijual Pada Harga RM359

White-cr-640x640_meitu_1EXMobile selaku pengeluar telefon pintar bajet keluaran tempatan, baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan model terbaru keluarannya iaitu EXMobile Chat 6 untuk pasaran Malaysia.

Berbeza dengan model telefon pintar keluarannya sebelum ini, Chat 6 merupakan telefon pintar pertama jenama itu yang menyokong paparan skrin besar mencecah 6.0 inci. Tidak dinafikan terdapat pelbagai model baru telah diperkenalkan di pasaran, tetapi tidak banyak pengeluar yang tampil dengan telefon pintar yang hadir dengan paparan skrin berukuran 6.0 inci. Jadi bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan peranti dengan skrin besar untuk memudahkan urusan harian tetapi dalam masa yang sama memiliki bajet yang terhad, EXMobile Chat 6 adalah pilihan yang terbaik.

1. LogoDengan rekaan yang klasik, EXMobile Chat 6 tampil dengan kerangka yang diperbuat daripada plastik serta sokongan paparan skrin IPS beresolusi 720 x 1280 piksel. Kelancaran pengoperasian juga tidak mengecewakan kerana ia telah dikuasakan oleh pemproses Quad Core berkelajuan 1.3Ghz serta sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Dari aspek memori pula, Chat 6 telah digandingkan dengan RAM berkapasiti 1GB, memori dalaman sebesar 16GB dan juga slot kad microSD yang berupaya menyokong sehingga 64GB.

Walaupun tampil dengan saiz kerangka yang agak besar, Chat 6 hanya disediakan dengan bateri berkapasiti 2800mAh yang dikatakan mampu menawarkan sehingga 130 jam masa menunggu dan 4.5 jam masa berbual yang boleh dibuat melalui penyediaan dua slot kad SIM. Untuk aspek penggambaran pula, ia menawarkan kamera utama beresolusi 5 Megapiksel dengan Aperture f/2.0 serta Dual LED Flash dan kamera depan beresolusi 2 Megapiksel.

2. Free giftEXMobile Chat 6 sudahpun mula dijual untuk pasaran tempatan pada harga hanya RM359 dalam tiga warna pilihan iaitu Rose Gold, Black dan juga Silver. Pengguna yang berminat boleh mendapatkannya melalui pengedar sah EXMobile di seluruh negara, atau membuat pembelian atas talian di Lazada . Setiap pembelian akan turut menerima sarung pelindung dan juga pelindung skrin secara percuma.

 

You might also like