Peminat OnePlus 3, Nantikan Kemunculannya Di Malaysia Pada Bulan Ogos!

Main 1Pasti ramai yang ternanti-nantikan peranti hebat keluaran OnePlus iaitu OnePlus 3 bukan?

Di Malaysia, peranti ini boleh di beli dengan harga bawah RM 2,000, tetapi itu bukanlah set original. Penantian untuk memliliki OnePlus 3 mungkin berakhir, di mana menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan OnePlus, Ruta Klyvyte memberitahu menerusi twitternya di @ruttaa, OnePlus 3 akan tiba secara rasmi di Malaysia pada bulan Ogos ini.

 

1Dia turut memberitahu akan diedarkan oleh Brightstar , sama seperti OnePlus 2 sebelum ini. Untuk pengetahuan pembaca eRing, OnePlus 3 telahpun dijual secara rasmi di Singapura pada harga SGD 699 (kira-kira RM 2,068). Harga ini dilihat agak jauh berbeza dengan harga jualan di Amerika iaitu USD 399 (kira-kira RM 1593) dan di China RMB 2,499 (kira-kira RM 1492).

 

BACA JUGA:

 

You might also like