Terdapat Unit OnePlus 3 Yang Berhadapan Dengan Isu Paparan Skrin Kekuningan

Cio9e2QVAAAC-_I.jpg largeOnePlus 3 yang baru sahaja dilancarkan telah berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana ia boleh dianggap sebagai smartphone terbaik di pasaran jika soal harga diambil kira. Sebelum ini ramai pengguna yang sedikit kecewa dengan penggunaan paparan jenis Optic AMOLED pada OnePlus 3 kerana memaparkan warna yang tidak tepat dan kelihatan sedikit kebiruan. Nampaknya satu lagi isu terbaru berhubung paparan skrin peranti ini telah dihadapi oleh sesetengah unit OnePlus 3, yang mana terdapat tompokan kekuningan yang jelas dapat dilihat apabila warna latar gelap digunakan.homescreen pic 1

Bahkan sudah terdapat dua video yang telah dikongsikan di YouTube oleh pemilik OnePlus 3 bagi menunjukkan dengan lebih jelas isu yang dihadapi itu. Walau bagaimanapun, isu ini hanya dihadapi oleh segelintir pemilik sahaja dan tidak semua pemilik OnePlus 3 berhadapan dengan isu paparan skrin kekuningan ini. Jadi bagi anda yang bercadang untuk memiliki model berkuasa ini, mungkin anda perlu lebih peka dengan isu tersebut. Layari forum perbincangan untuk isu ini.

You might also like